fb fb fb fb fb

Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan 3.0 perluas inisiatif RKMAT

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Kem Segamat/BERNAMA)

SEGAMAT, 7 Mac - Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan 3.0 bakal dilancar bagi memperluas inisiatif projek Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT).

(Datuk Seri Hishammuddin dan Datuk Seri Ismail Sabri ketika hadir merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Kem Segamat/BERNAMA)

"Ia perancangan menyeluruh yang selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu menitikberatkan kesejahteraan hidup setiap Keluarga Malaysia yang berbilang bangsa, agama serta budaya," kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Mudah-mudahan perancangan berkaitan Blueprint Perumahan 3.0 ini berjalan lancar dan diharapkan YAB Perdana Menteri sekali lagi dapat bersama-sama kita seterusnya merasmikan Blueprint berkenaan," katanya ketika berucap di majlis pelancaran RKMAT di Kem Segamat, di sini.

Menurut Hishamuddin, setakat ini dua ribu unit RKMAT telah dilancar di Taman LTAT, Bukit Jalil dan 305 unit di Kem Segamat.

552 unit RKMAT melibatkan 4 kem dijadualkan siap pada tahun ini.

Media Baharu