fb fb fb fb fb

Blake, Pop, Lady dan Grouse, terima pingat 'Golden Performance'

(Anjing dari Unit Pengesan K9 iaitu Blake, Pop, Lady dan
Grouse terima pingat 'Golden Performance')

PUTRAJAYA, 9 Januari- Empat ekor anjing dari Unit Pengesan K9, yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, bulan lalu, menerima pingat 'Golden Performance' serta sumbangan makanan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KPKT atas pengiktirafan serta penghormatan yang diberikan.

Empat anjing tersebut adalah Blake, Pop, Lady dan Grouse.


(Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Malaysia,
Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

"Kita amat berbesar hati dan terharu atas penghormatan ini dan ini merupakan satu sumbangan kecil yang boleh kita beri dalam kita melaksanakan tugas kebombaan dan juga penyelamatan.

"Dengan bantuan K9 semasa Ops, kita telah berjaya mengesan keseluruhan mangsa terlibat dan mengesan semasa runtuhan sebanyak 31 mangsa yang telah dilaksanakan selama sembilan hari", katanya.

Lebih 400 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat semasa tragedi tanah runtuh Batang Kali.

Unit Pengesan K9 turut digunakan untuk mengesan mayat mangsa yang tertimbus.

Sebanyak 31 mayat mangsa berjaya ditemui manakala, 61 orang ditemui selamat dalam kejadian terbabit.

Media Baharu