fb fb fb fb fb

"Kritik jangan sampai menjejaskan kebebasan kehakiman negara" - Tengku Maimun

PUTRAJAYA, 9 Januari- Semua pihak berhak memberi kritikan terhadap badan kehakiman negara.

Tegas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, namun perlu diingatkan kritikan tersebut haruslah membina bukan bertujuan menjejaskan kebebasan badan kehakiman itu.

"Komen membina dan sihat terhadap Badan Kehakiman dan kerjanya sentiasa dialu-alukan kerana ia membantu kami melihat semula kerja kami, meningkatkan kebolehan dan kecekapan kami yang terbaik dan juga mengingatkan kami amat penting menegakkan kebebasan kehakiman untuk mengekalkan Kedaulatan Undang-undang," jelas beliau dalam ucapannya pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023, di sini.


(Foto Hiasan)

Para hakim juga diingatkan agar membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih meskipun terdapat percubaan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan badan kehakiman itu.

Ini kerana pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.

Tun Tengku Maimun juga menggesa orang ramai membaca penghakiman secara menyeluruh sebelum merumuskan pendapat sendiri.

Media Baharu