fb fb fb fb fb

BKM tambahan: Bukti komitmen kerajaan -Zafrul

(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,
bercakap secara ekslusif kepada RTM di Angkasapuri)


KUALA LUMPUR, 22 Jun- Pengumuman bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bukti komitmen berterusan kerajaan membantu rakyat menangani cabaran kos sara hidup yang meningkat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat walaupun ekonomi negara berdepan ketidaktentuan global.

"Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dan pengumuman yg dibuat Perdana Menteri ini sedikit sebanyak akan dapat membantu kos sara hidup yg meningkat baru baru ini.

"Kerajaan telah menunjukkan komitmen utk terus membantu mereka yang terkesan, dalam kadar inflasi walaupun sedikit naik berbanding tahun lepas tetapi jauh lebih rendah berbanding negara lain.

" Ini kerana subsidi- subsidi dan bantuan-bantuan yg diberi kerajaan dapat mengawal sedikit sebanyak harga, benda-benda asas contohnya petroleum, harga minyak di stesen minyak masih lagi kekal pada harga RM2.05," katanya secara ekslusif kepada RTM di Angkasapuri, di sini.

(Pengumuman bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bukti komitmen berterusan kerajaan
membantu rakyat menangani cabaran kos sara hidup yang meningkat/FOTO HIASAN)


Sementara itu jelasnya, meskipun bantuan tunai tambahan tersebut disasar kepada golongan B40, kerajaan akan terus membantu semua Keluarga Malaysia yang terjejas.

Jelasnya, tiada golongan yang tercicir termasuk golongan M40 dan T20.

"Subsidi RM70 bilion ini sedikit sebanyak sebenarnya lebih besar untuk golongan M40 dan T20 kerana mereka menggunakan lebih banyak petrol, jadi kita akan terus membantu semua rakyat Malaysia yang terkesan sama ada B40, M40, T20, katanya.



Media Baharu