fb fb fb fb fb

Terengganu mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang terendah

TERENGGANU, 22 Jun - Terengganu antara negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang terendah.

Negeri itu merekodkan jumlah 1.149 juta penduduk iaitu kurang tiga peratus di seluruh negara berdasarkan penemuan utama banci 2020.

Ketua Perangkawan, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Terengganu bagaimanapun masih mencatatkan kadar kelahiran yang tinggi walaupun kurang penduduk.


(Ketua Perangkawan, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin ketika Siri Jelajah Parlimen dan DUN, penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di sini)

Kadar kesuburan di negeri ini sebanyak 2.9 peratus anak bagi setiap pasangan berbanding 1.9 anak di peringkat nasional.

Kekurangan penduduk berpunca daripada penghijrahan ke negeri lain atas faktor ekonomi.

"Jadi perkara ini yg mungkin sedang diteliti dalam pembangunan negeri bagaimana sedang diusahakan menggerakan pembangunan negeri terutamanya berkaitan sektor pelancongan, yang sy dapati peluang begitu luas utk hasil pekerjaan dan juga pendapatan, dan bila ekonomi itu berkembang maka kemungkinan tidak perlu lagi keluar jauh berhijrah atau keluarlah," katanya pada Siri Jelajah Parlimen dan DUN, penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di negeri Terengganu.

Antara negeri lain yang turut mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang rendah termasuk Melaka, Perlis, Putrajaya dan Labuan.

Media Baharu