fb fb fb fb fb

Bincang tuntutan Sulu, jejas kepentingan Malaysia

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Perbincangan berhubung tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dalam prosiding litigasi kes berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata perbincangan itu juga, berkemungkinan akan mendedahkan strategi negara dalam hal berkaitan, sekali gus memberi manfaat kepada pihak lain.


(Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun)

"Peraturan Mesyuarat 36 (2) menyatakan sekiranya sesuatu itu tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.

"Kita sekarang berbicara tentang tuntutan Sulu. Mahukah kita berbincang dan sedang perbincangan itu berjalan, tidak tahulah apa yang akan dikatakan. Maka terserlah strategi kerajaan untuk berbuat itu dan ini dan akan ada kritikan terhadap tindakan kerajaan yang akan dibuat itu atau pun yang telah dibuat. Maka pihak yang satu lagi boleh membacanya.

"Apakah itu tidak akan merosakkan kepentingan kerajaan di dalam prosiding litigasi tersebut? Mahukah kita tunjuk strategi kita kepada dunia", katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan wakil Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, yang mempersoal keputusan menolak usul supaya tuntutan kumpulan Sulu itu dibahas atas alasan subjudis pada Isnin.

Media Baharu