fb fb fb fb fb

Kerjasama KPT, universiti awam beri pendedahan literasasi politik kepada siswa

(Foto hiasan/Fail)

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengadakan kerjasama dengan 20 universiti awam bagi memberi pendedahan dan literasi politik kepada mahasiswa.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, ia dilakukan melalui usaha sama pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) serta menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan univeristi terlibat.


(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat)

"Dalam hubungan ini, kerjasama ini telah dimulakan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan perintis MoU bersama SPR dan ini akan disusuli oleh 19 univeristi lain dalam masa terdekat.

"Melalui kerjasama ini juga pihak universiti awam dapat memanfaatkan kepakaran SPR dalam melaksanakan program-program pemerkasaan literasi politik pada mahasiswa", katanya.

Tambahnya, kerajaan akan terus komited bagi memastikan golongan mahasiswa diberi pendedahan berhubung demokrasi, pilihan raya dan politik negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai usaha kerajaan mendedahkan mahasiswa dengan isu-isu sivik dan politik selari dengan pengenalan Undi18.

Media Baharu