fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang sedikit meningkat

FOTO FAIL

RAUB, 2 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 1,786 berbanding setakat pukul 10.00 malam tadi berbanding 1,692 pada 6.00 petang tadi.

Kesemua 584 buah keluarga itu berlindung di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Raub, Jerantut dan Lipis.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Raub mencatatkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 1,760 yang ditempatkan di 20 buah (PPS).

Sementara, daerah Jerantut dan Lipis mencatatkan pemindahan masing-masing 13 orang yang ditempatkan di sebuah PPS.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya aras Sungai Pahang di Jerantut Feri melepasi paras bahaya dengan bacaan 49.08 meter.

TETITIA YUSOFF