fb fb fb fb fb

Berpantang maut sebelum ajal, pekerja kilang terselamat dalam kemalangan treler

SIK, 5 Februari - Seorang pekerja kilang nyaris maut selepas motorsikal yang ditunggangnya terperosok ke bawah lori treler.

Kemalangan berlaku di kawasan berbukit di Kampung Bukit Cham, Jeneri, di sini kira-kira pukul 6.15 pagi tadi.

Pengarah Pasukan Bomba dan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abd Hamid berkata, ketika kejadian mangsa, Hisham Abd Razak berusia lingkungan 40an dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya ke rumahnya di Kampung RTP Padang Besar, Jeneri.

Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori treler secara tiba-tiba membelok di tengah-tengah jalan, mangsa yang berada pada jarak terlalu hampir tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa dan motorsikalnya terperosok ke bahagian bawah treler.

Mangsa diberikan bantuan awal oleh anggota BSYJM dengan memasang alat bantuan pendakap leher bagi mengelak kecederaan yang lebih teruk.

(Anggota BSYJM dan penduduk bantu mangsa kemalangan)

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sik dengan menaiki ambulance BSYJM untuk rawatan lanjut.

Media Baharu