fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei kepada masyarakat Cina di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada yang menyambutnya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Chap Goh Mei disambut pada hari ke-15 pada bulan pertama mengikut kalendar masyarakat Cina menandakan hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina.

Media Baharu