fb fb fb fb fb

65,000 penduduk terima manfaat menerusi pembinaan jejambat hubungkan ELITE dan SKVE

SAUJANA PUTRA, 5 Februari - Pembinaan jejambat untuk mengatasi kesesakan trafik di Bandar Saujana Putra dijangka siap Disember tahun ini.

Pembinaan melibatkan kos keseluruhan RM65 juta itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 65,000 penduduk di kawasan berkenaan serta pengguna Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), dari arah Bandar Saujana Putra.

EXCO Infrastruktur Selangor Ir Izham Hashim berkata, pembinaan jejambat sepanjang 815 meter menghubungkan Lebuhraya ELITE dan SKVE yang tergendala sebelum ini, dimulakan semula selepas isu berkaitan pengalihan utiliti bawah permukaan jalan raya dan kerjasama dengan pihak lebuh raya selesai.

"Kali ini isu dua ini yang besarnya alihan utiliti dan isu kerjasama dengan pihak lebuh raya ini, tetapi sudah selesai dan kerja-kerja pembinaan akan mula dibuat di sebelah sana sudah rancak, SKVE bahagian sini akan mula minggu depan.

"Inshaa Allah seperti biasa kita akan terus teliti dan saya berkeyakinan ia boleh selesai tahun ini pada kali ini," kata Ir Izham di sini.

(Ir Izham ditemui pemberita selepas melakukan lawata
ke tapak pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra di Kuala Langat)

Pihaknya sebelum ini sentiasa memantau perkembangan projek berkenaan menerusi laporan bulanan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan membuat pemantauan lebih kerap.

Pada 12 April 2019 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk membina jejambat baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Media Baharu