fb fb fb fb fb

Bermain dram bantu kanak-kanak autistik kawal emosi

(Pemain dram Blondie, Clem Burke/File REUTERS)

LONDON, 5 Julai- Pemain dram Blondie, Clem Burke berkata menambah permainan dram dalam kurikulum sekolah UK boleh menjadi "pengubah permainan" untuk kanak-kanak autistik selepas kajian mendapati hanya 90 minit seminggu memberi manfaat kepada mereka.

Kajian yang dijalankan sebagai sebahagian daripada Projek Clem Burke Drumming mendapati kanak-kanak berkenaan menunjukkan kawalan emosi yang lebih baik dan kurang tanda hiperaktif, kurang perhatian dan tingkah laku berulang.

"Kajian penting ini adalah yang pertama seumpamanya untuk menunjukkan bagaimana otak bertindak balas secara positif terhadap permainan dram dan bagaimana ia boleh membantu kanak-kanak autisme, kanak-kanak dengan masalah sosial dan emosi yang lain," kata Burke.

"Memandangkan tekanan yang sedang dihadapi oleh sekolah ketika ini cuba menangani peningkatan besar dalam bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah sosial dan emosi serta masalah pembelajaran, menambah sesi gendang pendek pada kurikulum boleh menjadi pengubah permainan dengan kos dan usaha yang minimum."

Pemuzik veteran Amerika Syarikat Burke bermain di Glastonbury bulan lalu bersama Blondie, kumpulan legenda post-punk yang diketuai penyanyi Debbie Harry sejak 1974.

Sekolah British mempunyai lebih 166,000 kanak-kanak autisme, peningkatan lapan peratus pada 2020.

Walaupun 70% berada di sekolah arus perdana, kajian mendapati tiga perempat daripada ibu bapa tidak merasakan keperluan anak mereka ditangani sepenuhnya. -AFP

(Bermain dram bantu kanak-kanak autistik kawal emosi/File AFP)

Media Baharu