fb fb fb fb fb

Berlabuh tanpa kebenaran,kapal tangki ditahan APMM

TANJUNG PIAI, 13 Januari - Sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

Ketika ditahan, kapal yang berdaftar dari Pelabuhan Klang itu berada di kedudukan 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, semua kru kapal merupakan warganegara Indonesia berumur 25 hingga 52 tahun dan mempunyai pengenalan diri yang sah.

"Bagaimanapun pemeriksaan mendapati kapal tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Nakhoda dan Ketua Jurutera kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 491B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau, kedua-duanya sekali.

Media Baharu