fb fb fb fb fb

Berkat Ramadan: Selangorfm santuni 40 anak yatim

KAJANG, 16 April- Sepanjang Ramadan, Radio Malaysia Selangor meneruskan program tanggungjawab sosialnya dengan menyantuni anak-anak yatim.

Team Rovers Selangor FM bersahur bersama 40 anak yatim di Pusat Jagaan Anak Yatim, Miskin Rukaiyah di Kajang, Selangor.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk Qiamulail, tazkirah dan kuiz.

Selain itu, sumbangan duit raya diberikan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Hospital Pakar KPJ Rawang dan Selangor FM.

"Kami di Selangor diberi amanah untuk jaga kebajikan anak-anak yatim di Selangor jadi pihak Yayasan Islam Darul Ehsan berterima kasih kepada mana-mana pihak terutama pihak korporat syarikat swasta yang sudi bersama-sama kami dalam menjaga kebajikan anak yatim," kata Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah.


(Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah)

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Rawang, Ahmad Rafiquddin Mohd Amran berkata pihaknya menyambut baik program yang disertai bagi memberikan keceriaan buat anak-anak yatim yang disantuni.

"Alhamduliah sepanjang bulan Ramadan ini kita ada banyak program 'outreach' untuk anak-anak yatim di sekitar Rawang dan juga di luar dari Rawang dan untuk program ini Alhamdulillah kita bersama rakan media strategik kami iaitu RTM khususnya Selangorfm kami dijemput turut serta jadi kami nampak peluang untuk kita terus menyantuni anak-anak yatim, anak-anak miskin khususnya dalam negeri Selangor ini," ujarnya.


(Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Rawang, Ahmad Rafiquddin Mohd Amran)

Media Baharu