fb fb fb fb fb

Pasar Syawal Madani Kedah sasarkan hasil jualan RM1.2 juta

(FOTO RTM)

SUNGAI PETANI, 16 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA Negeri Kedah menyasarkan hasil jualan sepanjang Program Jualan Syawal Madani mencecah RM1.2 juta.

Program Jualan Syawal Madani dilaksanakan di sembilan pasar tani, pasar tani kekal dan outlet peruncitan FAMA di negeri itu.

Pengarah FAMA Negeri Kedah, Isa Hamzah berkata, sembilan lokasi terlibat adalah Pasar Tani Guar Chempedak, Yan yang diadakan setiap hari bermula semalam sehingga 21 April ini.

Manakala 8 lagi lokasi lain mengikut waktu operasi masing-masing iaitu Pasar Tani Sungai Petani, hari ini; Pasar Tani Kulim, ESOK; Agrobazaar Rakyat Selama dan Pasar Tani Pendang pada 18 April;

Sementara Pasar Tani Taman Wira Alor Setar dan Pasar Tani Baling pada 19 April, serta Medan Food Truck FAMA Alor Setar dan Pasar Segar Mr Jasem, Langkawi pada 20 April.

Kira-kira 300 usahawan FAMA di Kedah menjayakan Program Jualan Syawal Madani kali ini.

“Dan jangkaan nilai jualan daripada jualan Khas Syawal Madani ni kita menganggarkan RM1.2 juta. Nilaian yang tertinggi adalah di Pasar Tani Guar Chempedak RM937,000.00. In Shaa Allah kita akan capai..Ini semua adalah berkat daripada usahawan sendiri dan juga kerjasama daripada pelbagai pihak..” Katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Syawal Madani Peringkat Negeri Kedah di Pasar Tani Sungai Petani di sini, hari ini.

Program dirasmikan Ahli parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari.

Sementara itu, Dr Taufiq yang ditemui berkata, Program Jualan Syawal Madani diadakan bertujuan untuk menyediakan keperluan barangan dapur segar pada harga yang berpatutan bagi memudahkan pengunjung berbelanja.

“Dan pengisian program hari ni bagi saya adalah cukup baik dan menarik sebab kita ada juga jualan terus dari ladang. Maknanya ini akan mengurangkan lagi harga berbanding dengan harga pasaran dan ini akan membantu sahaja peniaga tetapi juga pengunjung dan pengguna khususnya kita menyambut Syawal dengan kekurangan stok makanan dan peningkatan harga. Ini (Program Jualan Syawal Madani) adalah salah satu usaha yang baik daripada pihak kerajaan dan FAMA..” Katanya di sini.


(Ahli parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari di Program Jualan Syawal Madani
di Pasar Tani Sungai Petani/FOTO RTM)

Media Baharu