fb fb fb fb fb

Yok Hantar Jajan Raya 3.0: Santuni golongan asnaf, veteran RTM Johor

JOHOR BAHRU, 16 April- Golongan asnaf dan bekas kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor dibantu menerusi Program Yok Hantar Jajan Raya 3.0, hari ini. 

Exco Pendidikan Penerangan dan Komunikasi, Norliza Noh berkata program tersebut dijalankan bagi menghargai pengikut dan pendengar setia RTM terutama Johorfm.

"Ini merupakan program CSR untuk kita bantu mereka yang sangat memerlukan. Jadi kita pilih di bulan Ramadan ini bagi persiapan mereka untuk menyambut Hari Raya sekurangnya dapat mengurangkan kesusahan dan bebanan mereka di sana," katanya.


(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Yok Hantar Jajan Raya 3.0 di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor.

Program selama tiga hari sehingga 18 April ini dijalankan secara berperingkat ke-10 daerah bermula dengan Johor Baharu diikuti Kulai dan Segamat.

Program tersebut akan tamat di Pontian, Batu Pahat dan Kluang pada Selasa ini.

Program turut mendapat kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, KPJ Johor Specialist, Naurah Care Malaysia, Southern Lion Sdn Bhd, Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd dan Yayasan Jcorp.

Media Baharu