fb fb fb fb fb

Jual ayam RM9.40 sekilogram, peruncit dikenakan kompaun

(Foto Mohd Taufik Mohamed Salimin)

JOHOR BAHRU, 16 April- Lima pembekal ayam di Johor bakal dihadapkan ke Mahkamah Johor Bahru dalam waktu terdekat kerana menjual ayam melebihi harga ditetapkan iaitu RM8.10.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Muhammad Aizudin Mohd Said berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan melihat invois jualan kepada peruncit terlibat.

Setakat ini, tindakan kompaun diberikan kepada peruncit yang menjualnya pada harga RM9.40 sekilogram.

Aktiviti itu kebanyakannya dikesan tiga minggu lepas.

"Tindakan kompaun diberikan kepada peruncit manakala untuk pembekal akan didakwa di mahkamah. setakat ini lima pembekal masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto Mohd Taufik Mohamed Salimin)

Media Baharu