fb fb fb fb fb

Bomba Labuan tingkatkan rondaan sempena Aidilfitri

(Foto Harjay Jack)

LABUAN, 16 April- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan akan meningkatkan rondaan ketika musim perayaan Aidilfitri ini.

Ini menerusi Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Rondaan Sempena Aidilfitri 2023.

Pengarahnya, Penguasa Kanan Bomba I Abdul Rahman Ali berkata, tiga fokus kempen antaranya membudaya sikap mencegah, mempertingkat keselamatan jalan raya serta keselamatan aktiviti-aktiviti di air.

"Kebiasaannya ketika Aidilfitri, ramai yang membawa keluarga masing-masing berkelah di pantai. Kami akan memantau tempat-tempat tumpuan agar tidak terjadi sebarang perkara tidak diingini seperti lemas. Pantai Layangan dan Pantai Universiti Malaysia Sabah (UMS) seringkali berlaku kes lemas," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, JBPM Labuan merekodkan lima kes lemas sejak 2021.

Anggaran kerugian akibat kebakaran pula adalah hampir RM1.1 juta.


(Foto Harjay Jack)

Media Baharu