fb fb fb fb fb

FAMA Melaka buka enam Pasar Tani sempena jualan khas Mantai Aidilfitri

(FOTO FB Famamelaka)

MERLIMAU, 16 April- Enam Pasar Tani di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan melaksana jualan murah khas sempena hari Mantai Aidilfitri pada 20 April ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata 6 pasar tani berkenaan melibatkan 6 parlimen di seluruh Melaka.
 
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan bebanan rakyat bagi persiapan memasak menjelang Aidilfitri.
 
Barangan yang diberi pengurangan harga termasuk ayam, daging, telur dan sayur-sayuran.
 

"Setakat ini kita mengesahkan harga ditawarkan 10 peratus lebih murah daripada harga pasaran", katanya selepas ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Jualan Syawal Madani & Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Peringkat Negeri Melaka di Merlimau.
 
Lokasi pasar tani yang dipilih bagi jualan khas itu akan dimaklumkan FAMA dalam masa terdekat.
 
FAMA menyasarkan RM70,000 nilai jualan bakal dikutip sepanjang pelaksanaan program berkenaan dengan sasaran kehadiran seribu pengunjung.


(Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad
Akmal Saleh/FOTO FB famamelaka)

Media Baharu