fb fb fb fb fb

Jualan Agro Madani tawar penjimatan sehingga 30 peratus

KLANG, 16 April - Jualan Agro Madani yang diadakan secara serentak di seluruh negara hari ini menawarkan penjimatan sebanyak 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata projek rintis hasil inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi FAMA itu berkonsepkan jualan pada harga berpatutan sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, antara fokus Jualan Agro Madani adalah outlet peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar.

(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu)

“Kita nampak sambutan daripada rakyat begitu menggalakkan sekali, terutama ayam kerana di sini ayam proses dijual dengan harga murah daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

“Ini salah satu cara kita mengurangkan bebanan golongan B40 dan M40 sepanjang Ramadan dan Syawal untuk menyediakan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Jualan Agro Madani di Dataran Usahawan Kompleks Penghulu, Kampung Johan Setia, di sini.

Tambah Mohamad, sebanyak RM150,000 nilai jualan disasarkan bagi 10 kali penganjuran dengan jangkaan kira-kira 5,000 pengunjung hadir dengan menikmati penjimatan sejumlah RM45,000.

Media Baharu