(Bendera sabut kelapa yang dipasang di Sekolah Kebangsaan Kota Rentang, Alor Setar)
ALOR SETAR, 30 Ogos- Pelbagai cara dilakukan bagi menzahirkan semangat kemerdekaan negara yang ke 65 tahun, tidak terkecuali Sekolah Kebangsaan Kota Rentang, Alor Setar, guru dan pelajar membuat replika bendera jalur gemilang dengan menggunakan sabut kelapa.
Idea kreatif ini turut mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang berjaya menyiapkannya dalam tempoh dua minggu.
Guru Besar, Nor Ashikin Bakar berkata, "memandangkan sekolah ini berada ditengah-tengah kawasan kampung yang banyak mempunyai pokok kelapa, ianya memudahkan mereka mendapatkan bahan untuk membuat bendera berkenaan."
Sabut kelapa yang dikumpul ini kemudiaannya dicat warna merah, putih, biru dan kuning menyerupai warna jalur gemilang.
Selain itu, aktiviti ini juga mampu "menaikkan semangat warga sekolah dan warga kampung apabila disini ada sudut kemerdekaan."
Ia secara tidak langsung mengajak warga kampung menaikan dan mengibarkan bendera." Jelas Nor Ashikin Bakar, Guru Besar SK Kota Rentang.
Selain daripada sabut kelapa, bahan-bahan terpakai termasuk botol plastik yang telah siap digunting dijadikan replika bunga raya dihias cantik di hadapan pintu masuk sekolah.
Pemasangan jalur gemilang di pagar Sekolah Kebangsaan Kota Rentang ini juga mampu menyemarakkan semangat patriotik ke dalam diri murid-murid.
(Nor Ashikin Bakar, Guru Besar SK Kota Rentang ketika ditemui pemberita RTM)