(Rozieana Ahmad, ADUN Pauh ketika menyampaikan sumbangan bekas perajurit tanah air)
PAUH, 30 Ogos- "Generasi hari ini perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam sejarah negara dalam mencapai kemerdekaan dan terus mempertahankan kemerdekaan negara yang dikecapi," kata Exco Negeri yang juga ADUN Pauh, Rozieana Ahmad.
Semangat perjuangan bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara seharusnya menjadi contoh dalam memupuk semangat patriotik.
Jasa dan pengorbanan bekas perajurit yang berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara perlu dikenang generasi hari ini.
Ketika kita menikmati keselesaan dan kesenangan pada masa kini, ianya adalah bayaran pahit maung dan penderitaan yang dihadapi bekas perajurit suatu ketika dahulu.
Kini ada di antara mereka yang uzur atau hilang upaya kekal ketika mempertahankan ibu pertiwi.
Seramai lima bekas perajurit negara disantuni dengan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai sebagai tanda ingatan atas jasa yang dicurahkan kepada negara tercinta.
Beliau menyatakannya kepada media pada Program Ziarah Kasih Bekas Perajurit yang sakit terlantar dan uzur di sekitar Pauh.
(Rozieana Ahmad, ADUN Pauh ketika melawat bekas perajurit tanah air)