fb fb fb fb fb

Belum ada perbincangan mengenai pelaksanaan semula GST- Ahmad Maslan

(Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (tengah) bergambar bersama tetamu
yang hadir selepas Majlis Perasmian Konvensyen Akauntan Nasional 3.0 di Pusat Konvensyen
Majlis Bandaraya Shah Alam / BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Belum ada mesyuarat mengenai pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pemerintahan.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu bukanlah keutamaan kerajaan dan belum diputuskan meski 170 negara melaksanakan sistem cukai tersebut.

Tambahnya, ketika ini kerajaan mengambil insiatif melaksanakan pendekatan sedia ada, tanpa melaksanakan cukai baharu buat masa ini.

"Jika GST tidak bagus, buat apa 170 negara melaksanakannya? untuk apa 83% negara dalam dunia melaksanakan sesuatu yang tidak bagus? tentulah 170 dari 194 negara itu membuat keputusan GST bagus.

"Teori mengenai GST itu memang orang sentiasa bercakap dalam surat khabar ada sahaja menyebut tentang perkara itu tetapi kerajaan belum berbincang mengenainya dan belum ada sebarang keputusan, untuk sementara ini kita laksanakan apa yang sedang dilaksanakan,"katanya.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Akauntan Nasional 3.0 di Shah Alam

Sementara itu, beliau memaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Jelasnya, institusi itu perlu lebih terbuka dan memberi penerangan terhadap setiap tindakan diambil.


(Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan / BERNAMA)

Media Baharu