fb fb fb fb fb

60 keluarga B40 Petaling Jaya terima sumbangan Tahun Baharu Cina

(Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md. Amir menyampaikan sumbangan)

PETALING JAYA, 11 Januari- Seramai 60 keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md. Amir, program tahunan itu diadakan bagi meringankan beban penduduk terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan mereka yang mempunyai tanggungan ramai.

Jelasnya kesemua mereka menetap di 24 zon termasuklah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, PPR Lembah Subang dan Desa Mentari.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM250 diserahkan kepada penerima.

"Kita tidak mengenepikan sesiapa sahaja di daerah Petaling Jaya ini, warga emas atau OKU, kita raikan dan jaga mereka dan salah satu bentuk penjagaan ini lah sumbangan yang kita beri pada hari ini,"katanya.

Beliau bercakap demikian selepas menyampaikan bantuan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023 di Petaling Jaya.


(Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md. Amir menyampaikan sumbangan)

Media Baharu