JOHOR BAHRU, 14 Julai- Bella, remaja perempuan Sindrom Down yang menjadi mangsa penganiayaan dan pengabaian pengasas Rumah Siti Bonda, kini dipindahkan ke Johor Bahru, Johor.
Perkara itu dimaklumkan menerusi catatan Facebook rasmi Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Pemindahan dilakukan atas usaha kerajaan Johor bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor.
Menurut catatan itu, Bella, 13 tahun, sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran baharu.
Che Puan Besar Khaleeda turut meluangkan masa melawat Bella bersama rakan-rakannya pagi tadi.
(Bella, 13 tahun, sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran baharu)