fb fb fb fb fb

Belia digalak ceburi sektor pelancongan

BANDA HILIR, 6 Ogos- Golongan belia digalakkan untuk mencuba pekerjaan dalam sektor pelancongan yang ketika ini kembali mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited, sektor pelancongan Malaysia khususnya di Melaka akan terus berkembang dari masa ke semasa.

Justeru Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, berkata banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor ini.

"Saya memang menyarankan anak-anak muda untuk menceburi bidang ini khususnya dalam sektor pelancongan kerana sektor pelancongan.

"Potensinya sangat besar, kita dapati pada tahun 2019 ia telah menjana lebih RM8.9 bilion atau pun 15.9 peratus drpd KDNK, itu merupakan satu angka yang sangat besar”

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi walkabout Karnival Kerjaya Pelancongan yang dilaksana MOTAC dengan kerjasama Kementerian Sumber
Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Hotel Quayside, Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir.

Karnival yang dianjurkan sempena Program Magic Of The Night itu menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan melibatkan 15 majikan.

Antara majikan terlibat ialah AirAsia Berhad, Legoland Malaysia, Imperial Heritage Hotel Melaka serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Inisiatif bertujuan menangani isu kekurangan tenaga kerja di pasaran pekerjaan semasa khususnya dalam industri pelancongan negara.


(Timbalan Menteri  Pelancongan, Seni dan Budaya , Datuk Seri Dr Santhara Kumar ketika 
sesi walkabout Karnival Kerjaya Pelancongan di otel Quayside, Dataran Sungai Melaka)

Media Baharu