KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem kesihatan negara secara menyeluruh.
Katanya, peruntukan sebanyak RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM), berbanding RM45.3 bilion tahun ini, membolehkan pelbagai inisiatif pemodenan dan peningkatan kecekapan dilaksanakan.
“Mustahak untuk kami berbelanja dengan cermat dan efisien, elakkan ketirisan serta pastikan fasiliti, sumber manusia dan sistem kesihatan dapat dimodenkan untuk perbelanjaan tahun 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM selepas pembentangan Belanjawan 2026 di lobi Parlimen, hari ini.