fb fb fb fb fb

Kerajaan naikkan peruntukan TVET kepada RM7.9 Bilion, perkukuh pembangunan bakat tempatan,

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Kerajaan meningkatkan peruntukan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) kepada RM7.9 bilion tahun hadapan, berbanding RM7.5 bilion tahun ini.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Rakyat berkata, bagi memenuhi keperluan industri berimpak tinggi, Majlis TVET Negara akan memperkukuh ekosistem TVET secara menyeluruh termasuk melalui penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) TVET.

"Sebagai usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, RM45 juta diperuntukkan kepada Majlis TVET Negara untuk menerapkan ilmu digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.

"Institusi TVET KPM pula menerima RM1.3 bilion bagi mendidik 79,000 pelajar, manakala HRD Corp menyediakan 3 juta peluang latihan bernilai RM3 bilion bagi sektor teknologi tinggi, digital dan tenaga boleh baharu," jelasnya.

Selain itu, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)menawarkan RM650 juta pembiayaan kepada 25,000 pelatih dalam bidang AI, EV dan semikonduktor, manakala Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memperkenalkan Program Akademi Dalam Industri dengan peruntukan RM34 juta bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

GiatMARA dan Kolej Komuniti turut memperluas latihan untuk golongan pekerja gig, OKU, ibu tunggal dan Orang Asli.

"Dari segi infrastruktur, kerajaan akan membina hangar baharu di ADTEC Shah Alam untuk latihan penyelenggaraan kapal terbang dan Kompleks Teaching Shipyard TVET Marine di UMT bagi bidang maritim serta ekonomi biru. Sebuah Kolej Vokasional baharu di Sabah juga akan dibangunkan bagi memperluas peluang latihan kemahiran di negeri itu," ujarnya.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN