fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025 : KDN suarakan tiga perkara tumpuan

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

MERLIMAU, 3 Oktober- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon kerajaan beri tumpuan terhadap tiga perkara yang dibawa kementerian itu pada Belanjawan 2025.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga perkara itu ialah menaiktaraf infrastruktur, logistik serta kebajikan agensi dan jabatan bawah KDN khasnya agensi penguatkuasaan.

Pihaknya turut memberi penekanan terhadap keselesaan pintu masuk negara dengan melakukan proses naik taraf.

"Tetapi 3/4 daripada kedatangan pelancong ke negara kita masuk di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 1, KLIA 2, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Daripada 100 pengunjung yang datang ke Malaysia, 75 akan menggunakan pintu masuk berkenaan.

"Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan orang kata keupayaan pintu masuk termasuk dari segi sistem. Kami rasa kami boleh selesaikan isu kesesakan melalui inovasi sistem dan sebagainya di kedua-dua pintu masuk ini. Sebahagian besar isu kesesakan itu akan dapat kami atasi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan tauliah Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) di Politeknik Merlimau, di sini membabitkan 224 pelajar daripada 16 institut pengajian tinggi (IPT).

Perkara terakhir diharap pada belajawan kali ini adalah peruntukan munasabah untuk meningkatkan keupayaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) termasuk penjawatan, infrastruktur dan sebagainya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI