fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Kerajaan setuju perluas kriteria pendapatan pemohon BKP

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini, bermula tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan syarat tersebut akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 lagi anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan (BKP).

(FOTO HIASAN)

"Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, Kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding sehingga tingkatan satu sebelum ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Anwar, secara keseluruhannya seramai satu juta murid akan menerima manfaat tersebut dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Media Baharu