fb fb fb fb fb

Pemain industri seni sambut baik Belanjawan 2024

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Pemain industri seni kreatif menyambut baik Belanjawan 2024 yang menyediakan dana khusus sebanyak RM160 juta bagi meningkatkan pembangunan industri seni kreatif negara.

Menurut penerbit dan pengarah Md Fadzil Teh atau lebih di kenali sebagai Haji Zil, kenaikan peruntukan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat menggembirakan hati semua pemain industri seni untuk memberikan karya yang lebih bermutu dan kualiti.

"Saya mewakili anak-anak seni di Malaysia khususnya mengucapkan terima kasih atas peruntukan belanjawan sebanyak RM160 juta ringgit bagi membiayai industri kreatif.

"Saya berharap dengan adanya peruntukan ini memberi peluang kepada kami khususnya anak-anak seni untuk berkarya dengan menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti, insya-Allah dan terima kasih. Alhamdulilah," katanya kepada RTM menerusi satu rakaman video.

(Haji Zil)

Media Baharu