fb fb fb fb fb

Bekas Mufti Perlis meninggal dunia

(FOTO FB Jabatan Mufti Negeri Perlis)

KANGAR, 9 Jun- Bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Dr Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.


(Tangkap layar FB Dr. Fathul Bari)

Difahamkan sebelum ini Allahyarham menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas kesihatannya merosot akibat penyakit kencing manis.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Puncak Alam, selepas solat Jumaat hari ini.

Allahyarham Mat Jahya merupakan mufti paling lama berkhidmat di Perlis iaitu selama 22 tahun bermula pada 1984 hingga 2004.

Media Baharu