fb fb fb fb fb

Bekalan mencukupi, peniaga diingatkan supaya bekalan tidak putus

KELANTAN, 18 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Kelantan memberi jaminan bekalan bahan mentah mencukupi sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2023.

KPDN Kelantan sentiasa melakukan pemantauan dan para peniaga juga diingatkan untuk memastikan bekalan tersebut tidak terputus.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, sempena Tahun Baharu Cina ini, hanya lima jenis barangan dikategorikan bawah Skim Harga Maksimum bermula 15 hingga 29 Januari ini.

"Ada lapan item yang terlibat namun di kelantan hanya lima item sahaja iaitu kubis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, ikan bawal putih dan udang putih.

"Bahan bekalan mencukupi dan kita tidak menerima aduan daripada pasar raya bekalan tidak mencukupi dan kita masih boleh kawal lagi perkara ini," katanya selepas melakukan pemantauan ke atas pengilang minyak masak subsidi Cap Cincin di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan.

(Azman Ismail)

Media Baharu