fb fb fb fb fb

Aktiviti pendidikan agama perlu seiring dengan keperluan semasa

KUANTAN, 18 Januari- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan pendidikan sebanyak RM30.8 juta, tahun lalu.

Agihan bantuan itu meliputi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah agama rakyat (SAR), maahad tahfiz, sekolah menengah agama Pahang dan dermasiswa di Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, Agihan skim bantuan itu bagi melancarkan lagi aktiviti pendidikan agama seiring dengan keperluan semasa.

"Adalah diharapkan dengan agihan bantuan zakat yang disalurkan ini dapat membantu pihak sekolah untuk meneruskan tanggungjawab pendidikan dalam pembelajaran yang lebih holistik serta memperkasakan agama Islam berteraskan Al Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam Majlis Agihan Zakat kepada Institusi Pendidikan Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP,Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

(Ahmad Hairi Hussain)

Media Baharu