fb fb fb fb fb

Tiga mangsa penipuan pekerjaan selamat kembali ke tanah air

SEPANG, 18 Januari- Tiga lagi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Myadwaddy, Myanmmar berjaya dibawa pulang ke tanah air hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa kira-kira pukul 11.55 pagi diiringi Exco Pahang, Sim Chon Siang.

Usaha menyelamat kali ini turut mendapat bantuan Kerajaan Thailand berikutan kesukaran yang dihadapi untuk membawa keluar mangsa.

"Semakin susah kita nak ambil orang dari Myawaddy sebab sindiket-sindiket ini sudah ada empat kawasan. Jadi, kalau kumpulan ini tahu kita cuba untuk membawa mangsa untuk pulang, mereka akan terus disorok," katanya di sini.

Dua mangsa, melibatkan lelaki berusia 26 tahun dan remaja perempuan 19 tahun kononnya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat saham di Thailand dengan bayaran RM4,000.

Namun, mereka menyedari telah ditipu oleh sindiket setelah diseludup masuk ke Myanmar.

Seorang lagi mangsa, lelaki berusia 33 tahun yang berjaya melarikan diri ke Thailand turut dibawa pulang.

(Sim Chon Siang)

Media Baharu