fb fb fb fb fb

Gajah liar ditangkap Perhilitan Kelantan dan dilepaskan di Taman Negeri Royal Belum

KUALA KRAI, 18 Januari- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dalam satu operasi di Kampung Sungai Taku, Pasir Kelang, di sini.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya sebelum itu telah mengambil beberapa siri tembakan bagi menghalau gajah liar agar kembali semula ke hutan simpan berhampiran .

Gajah liar tersebut ditangkap bagi mengelakkan kerugian berterusan selain memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Anggaran jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk setakat ini adalah lebih RM65,000.

Gajah liar itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal Sokor Taku dan populasi gajah liar yang mendiami kawasan hutan simpan tersebut dianggarkan lebih daripada 14 ekor.

Cadangan pembinaan Sistem Pagar Eletrik Gajah (SPEG) merupakan langkah paling berkesan bagi menghalang gajah liar memasuki kawasan kebun dan dapat mengelakkan kerugian penduduk setempat.

Gajah liar itu akan dilepaskan semula di Taman Negeri Royal Belum, Perak.

(Gajah liar yang akan dilepaskan di Taman Negeri Royal Belum, Perak)

Media Baharu