fb fb fb fb fb

Pencarian dua lagi mangsa nahas Yeti Airlines diteruskan

KATHMANDU, 18 Januari- Dua kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dan satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pada Isnin, menjadikan angka kematian terkini 70 orang.

Mayat mangsa ditemukan sekitar pukul 3.00 petang waktu tempatan di Sungai Seti.

Manakala perakam data penerbangan serta perakam suara kokpit pesawat ditemui beberapa jam lebih awal.

Setakat ini, 26 mayat telah berjaya dikenal pasti manakala pencarian dua lagi mangsa diteruskan.

Sementara itu, perkarangan bilik mayat Hospital di Pokhara dibanjiri orang ramai.

Bedah siasat ke atas 24 mayat mangsa dilakukan di Pokhara sementara selebihnya diterbangkan ke Kathmandu.

Dalam insiden pagi Ahad, 68 penumpang dan empat anak kapal menaiki pesawat tersebut sebelum terhempas ketika melakukan pendaratan.

Sementara itu, misi SAR dua lagi mangsa nahas Yeti Airlines diteruskan dengan menggunakan dron bagi meninjau kawasan gaung sedalam 200 meter.

Penggunaan alat itu bertujuan memudahkan anggota misi mencari, selain mengatasi halangan keadaan muka bumi dan cuaca yang menyukarkan usaha menyelamat.

Pegawai polis Pokhara, Ajay KC, berkata lokasi kejadian dilitupi kabus tebal ketika ini dan anggota pasukan SAR terpaksa menggunakan tali untuk turun ke gaung yang menjadi lokasi sebahagian pesawat itu jatuh dan terbakar.

(Pasukan penyelamat mencari mangsa di Pokhara/AFP)

Media Baharu