(Foto hiasan)
MUAR, 27 Julai- Stok bekalan ikan segar dijamin mencukupi sekali gus berupaya menstabilkan harga ikan di pasaran.
Ia berikutan keadaan cuaca yang beransur pulih terutama di pantai timur semenanjung yang berjaya meningkatkan bekalan ikan segar seluruh negara.
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata berdasarkan lawatannya ke pantai timur dua bulan lalu, mendapati harga ikan mencecah sehingga RM18.00 hingga RM20.00 berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika itu.
Bagaimanapun, harga ketika ini telah turun kepada RM14.00 dan menunjukkan harga ikan juga kembali stabil.
"Dalam tempoh satu hingga dua minggu dua ini pula sudah kembali kepada harga RM14.00-RM15.00, harga ikan mengikut bekalan, jadi saya nampak harga kembali stabil", katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan 200 ekor kambing pada Majlis Korban dan Akikah Rahmah di sebuah pasar raya di Muar, Johor.