fb fb fb fb fb

PLUS sasar peningkatan kenderaan ke Melaka sempena Aidiladha

FOTO BERNAMA

AYER KEROH, 27 Jun- Kira-kira 51,546 kenderaan dijangka masuk ke Melaka melalui tiga plaza tol di negeri itu sempena sambutan Aidiladha bermula esok hingga 1 Julai ini.

Pengurus Seksyen Plus Malaysia Berhad, Mahadzir Maso'd berkata jumlah kenderaan meningkat sebanyak 58% daripada hari biasa.

Peningkatan itu membabitkan 26% di Plaza Tol Ayer Keroh, 19% di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dan 13% di Tol Lipat Kajang, Jasin.

"Kami menjangkakan jumlah trafik yang masuk ke Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh, Simpang Empat dan Jasin pada esok iaitu sebelum hari raya adalah sebanyak 51,546 kenderaan.

Jangkaan trafik akan mula meningkat pada lewat petang hingga lewat malam," kata Mahadzir kepada pemberita di Plaza Tol Ayer Keroh.

Tambah Mahadzir, pihaknya menyarankan orang ramai untuk merancang perjalanan dan berhati-hati di jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Terdahulu, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Raya Haji pada 29 Jun ini.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu