fb fb fb fb fb

Bekalan elektrik di Kuala Kangsar pulih sepenuhnya - TNB

(FB TNB Careline)

KUALA KANGSAR, 14 Januari- Sebahagian besar kawasan di Kuala Kangsar termasuk pusat bandar yang bergelap susulan gangguan bekalan elektrik selama lebih tiga jam semalam telah pulih sepenuhnya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi laman sosial Facebook TNB Careline melaporkan gangguan itu berlaku sekitar pukul 9.00 malam tadi.

"Gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di sekitar kawasan Kuala Kangsar, Perak disebabkan permasalahan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Chenderoh," katanya.

Bagaimanapun, TNB Careline melaporkan bekalan elektrik kembali pulih sekitar pukul 12.00 tengah malam menerusi hantaran ringkas di laman sosial terbabit.

"Gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan Kuala Kangsar, Perak telah pulih sepenuhnya.

"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

"Kesabaran anda amat dihargai," katanya.

TNB menambah, penduduk yang masih mengalami gangguan elektrik diminta melaporkan kejadian itu menerusi ruangan mesej TNB Careline dengan butiran lengkap iaitu nama, alamat dan nombor telefon untuk tindakan selanjutnya.

(Pengguna media sosial berkongsi suasana pekan Kuala Kangsar yang terjejas
bekalan elektrik/Twitter Encik Daeng)

 

Media Baharu