fb fb fb fb fb

Bekalan ayam mentah sentiasa cukup - Mohamad Sabu

Datuk Seri Mohamad Sabu

KLANG, 23 Disember- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bekalan ayam mentah sentiasa mencukupi sepanjang musim perayaan sehingga tahun depan.

Pihaknya juga bersedia memastikan bekalan tersebut mencukupi khususnya menghadapi dua perayaan terdekat ketika ini iaitu Hari Krismas dan Tahun Baharu Cina.

"Hari Krismas ini selalunya tidak melibatkan banyak penggunaan bekalan ayam, namun pada Tahun Baharu China bekalan ayam akan meningkat.

"Kemudian ia akan diikuti dengan Ramadan dan Aidilfitri, itu memang ada keperluan untuk bahan makanan ini, kita akan bekerjasama dengan kementerian berkaitan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2023 di sini.

Mohamad juga berkata KPKM sentiasa bekerjasama dengan kementerian berkaitan dalam menangani keterjaminan makanan dalam negara.

Dalam pada itu, ketika diminta untuk mengulas berkenaan lima syarikat pengeluar makanan haiwan ternakan yang dikenakan penalti sebanyak RMRM415.5 juta, beliau enggan mengulas lanjut dan menyifatkan isu tersebut adalah bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI