BESUT, 23 Jun- Bekalan ayam dan ikan dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, berdasarkan pemantauan, kedua-dua bahan mentah itu tidak lagi mengalami gangguan bekalan seperti tiga minggu lalu
Jelas beliau, pihaknya juga sentiasa memantau bekalan ayam dan ikan secara berterusan agar harganya stabil di pasaran.
"Apa yang kami pantau sejak tiga empat minggu yang lalu ini, kita tidak berhadapan dengan sebarang gangguan bekalan sama ada di peringkat pasar raya, pasar atau pasar tani.
Jadi sebab itu kami katakan bahawa bekalan ayam kini stabil di negara ini dan kami selalu memantau kenaikan dari segi kos input yang berlaku di semua negara," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Terengganu.
Tambah beliau, pihak kementerian tetap memantau isu kenaikan kos pengeluaran khususnya melibatkan bahan api dan makanan haiwan seperti di subsektor penternakan ayam dan perikanan.
(Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
"Kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi selepas membuat keputusan menghentikan pemberian subsidi kepada pihak industri hujung bulan ini.
Ia akan digantikan dengan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar B40 secara langsung," katanya lagi.