fb fb fb fb fb

Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 fokus urus kemiskinan komprehensif, menyeluruh

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membangunkan Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf bagi memfokuskan pengurusan kemiskinan komprehensif dan menyeluruh terutama menerusi dana zakat, wakaf dan sumber am.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia merupakan inisiatif untuk melestarikan sistem penyampaian perkhidmatan MAIWP kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Jadi nak menunjukkan tentang empat dokumen penting ini yang bersifat holistik, untuk memastikan supaya MAIWP terus berada dalam keadaan yang sentiasa boleh menghadapi beberapa suasana mencabar khususnya sepertimana yang kita semua maklum fenomena dunia yang berlaku pada hari ini," katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya.

Pelan Strategik yang bertemakan "Empowering & Enterprising" itu disokong enam teras strategik utama antaranya, meningkatkan impak dan keberkesanan agihan zakat MAIWP dalam membasmi kemiskinan serta melestarikan pengurusan hasil dan hartanah umat Islam.

(Datuk Idris Ahmad)

Jelas beliau lagi, kejayaan pelaksanaan pelan ini akan menjadi asas untuk MAWIP bergerak pantas, proaktif dan sentiasa cakna dengan denyut nadi ummah.

Media Baharu