fb fb fb fb fb

Beberapa kolam takungan kecil dibina, inisiatif atasi isu banjir di ibu negara

(BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Kementerian Wilayah sedang memperincikan langkah penyelesaian kepada isu banjir kilat di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata terdapat beberapa kawasan telah dikenal pasti dengan membina kolangan takungan kecil.

(Foto fail/ BERNAMA)

"Setiap kawasan yang dikenal pasti itu pasti ada solusinya, misalnya di Jalan Ampang telah kolam takungan kecil dibangunkan serta-merta,

"Pembinaan itu bertujuan mengumpulkan air di situ sebelum masuk ke longkar besar," katanya dalam sidang media khas di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tambahnya fasiliti kamera akan digunakan untuk memastikan keadaan longkang kerana kebanyakkan banjir kilat berlaku disebabkan kumbahan yang tertakung di laluan air.

Media Baharu