fb fb fb fb fb

15 warganegara Malaysia terlibat kemalangan bas terbabas di Muzdalifah

KUALA LUMPUR, 10 Jun- 15 pekerja warga Malaysia terbabit kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi yang berlaku ketika bas dinaiki mereka terbabas, semalam

Dua individu didapati mengalami kecederaan serius dan disahkan patah tulang di bahagian bahu serta tengkuk.

Baki 13 individu lagi dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang.

(Foto fail/ BERNAMA)

Kenyataan Wisma Putra memaklumkan, Pihak berkuasa Arab Saudi masih menyiasat insiden berkenaan.

Sementara Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau insiden tersebut dan menghulurkan bantuan sewajarnya.

Kesemua individu terlibat merupakan pekerja syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.

Mereka menerima rawatan di Hospital An Nur dan Hospital Raja Faisal.

Media Baharu