fb fb fb fb fb

Bebaskan generasi muda daripada kemudaratan dadah dan vape - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sesi Bersama Pesara Guru 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Putrajaya. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Jun - Isu penggunaan dadah dan vape dalam kalangan generasi muda di negara ini dilihat semakin parah saban tahun.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu isu tersebut dapat segera ditangani bagi mengelak kemudaratan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Mesyuarat Jemaah Menteri, kita membincangkan mengenai dadah dan vape dalam kalangan anak-anak kita. Tolonglah bincang dan cari jalan kaedah adakah perlu kaunseling, adakah perlu dakwah, beritahulah.

“Kerana puluhan tahun kita fikir tetapi masih belum selesai. Ya, memang ada (penglibatan) dalam kalangan anak Cina dan India, tetapi lebih parah dalam kalangan anak Melayu. Ia membunuh jiwa mereka dari kecil,” jelas beliau.

Perdana Menteri berucap pada Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI “Guru Pemangkin Patriotisme Negara" di sini.

Seminar anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri itu menghimpunkan lebih 1,000 pendidik termasuk pesara guru, bakal guru dan warga pendidik di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Penganjuran seminar bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik di samping memperkukuh kefahaman mereka terhadap dasar-dasar kerajaan.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI