KUALA LUMPUR, 10 Mac- Pemegang lesen perniagaan bazar sepanjang Ramadan bakal berdepan pembatalan lesen sekiranya didapati memberikan lesen mereka kepada pihak ketiga dan juga warga asing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh menggantung lesen perniagaan bazar Ramadan, jika pemilik lesen tersebut tidak mematuhi garis panduan dan dasar yang ditetapkan.
"Tindakan kita akan menggantung lesen sementara atau kita akan ambil terus lesen bergantung kepada keadaan", katanya yang di temui media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Projek @Baiti Jannati dan Projek Mesra Rakyat Wilayah Persekutuan.
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Megat Jaluddin Megat Hassan.