fb fb fb fb fb

Bayi 14 bulan terperangkap dalam kereta

(Foto FB Bomba Seri Manjung)

MANJUNG, 6 Februari- Bayi lelaki berusia 14 bulan mencetuskan detik cemas kepada ibunya apabila terperangkap dalam kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya di Seri Manjung, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.48 malam.

"Bayi itu dikatakan terperangkap dalam kereta terbabit ketika ibunya sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam kereta.

"Anggota bomba berjaya membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Bayi lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada ibunya," katanya

Operasi menyelamat tamat jam 9.10 malam tadi.

(Foto FB Bomba Seri Manjung)

Media Baharu