fb fb fb fb fb

Amaran hujan lebat tahap bahaya di Kuantan

(Infografik MetMalaysia)

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya bagi daerah Kuantan, Pahang hingga Selasa ini.

Menerusi kenyataan agensi itu yang dikeluarkan pada pukul 5.50 pagi ini, daerah Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin pula diletakkan dalam amaran hujan berterusan tahap buruk.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap waspada hingga Selasa di negeri Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

(Foto hiasan)

Media Baharu