fb fb fb fb fb

Dua wanita antara enam PATI warga Myanmar ditahan

(Foto Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia)

KUALA NERANG, 6 Februari- Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang bekerja sebagai penoreh getah secara haram di ladang getah sekitar sempadan Malaysia-Thailand, berjaya ditahan, 3.00 petang semalam.

Kesemua mereka ditahan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) dekat sini, berpandukan maklumat persisikan yang diperolehi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menerusi kenyataan memaklumkan, pasukan beroperasi yang melaksanakan rondaan telah mengesan tiga buah motosikal yang dinaiki empat lelaki dan dua wanita di kawasan ladang getah berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Pasukan beroperasi seterusnya bertindak menahan kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam orang awam yang ditahan merupakan PATI warga Myanmar, tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang sah. Kesemua PATI berumur antara 19 hingga 45 tahun," katanya.

(PATI yang ditahan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis
Daerah Padang Terap/Foto Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia)

Turut dirampas tiga telefon bimbit, sebuah motosikal Yamaha Finn, sebuah motosikal Honda Wave, sebuah motosikal yang diubahsuai, tiga bilah parang, enam bilah pisau pemotong getah, sebuah powerbank, dua buah headlamp, enam buah topi, tiga buah pembuka nutt, sebuah beg galas dan sebuah pouchbag.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 6,809.00.

PATI seterusnya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.

Dalam pada itu, pasukan beroperasi akan terus mempertingkat rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI.

Media Baharu